Friday, July 27, 2012

Terkejut O,0

Dua hari lepas bersiar-siar ke blog kenalan lama dan senior yang dah setahun tak menapak.
Nak jadikan cerita, terhenti dekat satu blog senior ni.
Banyak post sejak beberapa bulan macam bergelumang dengan hal malaysia je.
Pelik lah jugak sebab sepatutnya senior ni sekarang belajar di Charles University Prague Rep. Czech.
Stalk punya stalk, jumpa lah post yang sangat mengejutkan...
Rupanya senior tersebut dah gagal untuk teruskan pengajian perubatan di Charles Uni tu.
TERKEJUT sangat!! dan sedih pun ada jugak. Kesian dekat seniorku itu. Memang Oral Exam sangat sangat susah. :-(
Untuk menghadapi suatu kegagalan sangar sukar. Hanya kepada Allah tempat bergantung.

Dulu aku memang berangan nak sambung ke Czech bila tak dapat Ireland namun setelah memikirkan pelbagai faktor, aku pun menguburkan hasrat itu.
Walaupun kalau ikutkan, atuk dan papaku beriya menyuruhku ke sana.
Memanglah Czech tu cantikkkk, memang cantik sangat, dan Charles Uni tu pun Top Uni. Taaapiiiii,,,,
Sebab aku tak sanggup nak amik MD 6 tahun dan kena belajar Bahasa Czech dan exam secara oral yang memang2 susah so aku lebih rela ke India.  :)

Lagipun aku tahu aku ni jenis perlu ada kawan-kawan, baru semangat nak belajar.
And, memang 1 batch kami banyak pilih India. Tahun ni, tiada sorang pun pilih Czech dan 4 orang je yang pilih Poland. Yang lain semua play safe amik India je. :)

Taaapiiii,, aku sentiasa doakan semoga senior2ku yang sedang belajar di Czech dan rakan-rakan KMBku tahun ni yang bakal ke Czech dipermudahkan urusan. Semoga kita semua dapat lepas segala ujian dan exam Medic ni. Dannnnn, pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah kedoktoran. Ameen.

InsyaAllah semoga Allah kurniakan kekuatan untuk berperang dalam course dan bidang ni. ^^,
Doktor Mukmin dan Mukminah yang berguna untuk Islam InsyaAllah. ^^,



1 comment:

  1. macam kenal jer siapa yang anda maksudkan..muehehe!

    ReplyDelete

"Smile while u still can"