Friday, July 27, 2012

Terkejut O,0

Dua hari lepas bersiar-siar ke blog kenalan lama dan senior yang dah setahun tak menapak.
Nak jadikan cerita, terhenti dekat satu blog senior ni.
Banyak post sejak beberapa bulan macam bergelumang dengan hal malaysia je.
Pelik lah jugak sebab sepatutnya senior ni sekarang belajar di Charles University Prague Rep. Czech.
Stalk punya stalk, jumpa lah post yang sangat mengejutkan...
Rupanya senior tersebut dah gagal untuk teruskan pengajian perubatan di Charles Uni tu.
TERKEJUT sangat!! dan sedih pun ada jugak. Kesian dekat seniorku itu. Memang Oral Exam sangat sangat susah. :-(
Untuk menghadapi suatu kegagalan sangar sukar. Hanya kepada Allah tempat bergantung.

Dulu aku memang berangan nak sambung ke Czech bila tak dapat Ireland namun setelah memikirkan pelbagai faktor, aku pun menguburkan hasrat itu.
Walaupun kalau ikutkan, atuk dan papaku beriya menyuruhku ke sana.
Memanglah Czech tu cantikkkk, memang cantik sangat, dan Charles Uni tu pun Top Uni. Taaapiiiii,,,,
Sebab aku tak sanggup nak amik MD 6 tahun dan kena belajar Bahasa Czech dan exam secara oral yang memang2 susah so aku lebih rela ke India.  :)

Lagipun aku tahu aku ni jenis perlu ada kawan-kawan, baru semangat nak belajar.
And, memang 1 batch kami banyak pilih India. Tahun ni, tiada sorang pun pilih Czech dan 4 orang je yang pilih Poland. Yang lain semua play safe amik India je. :)

Taaapiiii,, aku sentiasa doakan semoga senior2ku yang sedang belajar di Czech dan rakan-rakan KMBku tahun ni yang bakal ke Czech dipermudahkan urusan. Semoga kita semua dapat lepas segala ujian dan exam Medic ni. Dannnnn, pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah kedoktoran. Ameen.

InsyaAllah semoga Allah kurniakan kekuatan untuk berperang dalam course dan bidang ni. ^^,
Doktor Mukmin dan Mukminah yang berguna untuk Islam InsyaAllah. ^^,



Wednesday, July 25, 2012

Banyak benda tidak diduga ''.''

Banyak perkara dalam dunia ni yang sering buat diriku berfikir.
Setiap yang berlaku adalah dengan izinNya. When He say Yes, Nothing, No one can say No.
Kalau tengok perancangan Allah ni sebenarnya sangat hebat.
Setiap saat kalau fikir memang akan sampai kepada perkataan "Alhamdulillah".

Kalau dulu selalu dapat apa yang aku nak, sekarang mungkin tak.
Tapi keyakinanku padaNya akan memujuk diri, Allah tidak beri apa yang kita nak tetapi apa yang kita perlu. apa yang kita mampu. apa yang terbaik. :)

And! Memang Betul!

Kalau dulu study gila2 nak dapatkan result cemerlang SPM.
Allah bagi, minta Mara, cita-cita tinggi nak buat IB di KMB dan ke RCSI Ireland.
Tapi Allah kata, itu bukan yang terbaik untukku.

Dan memang benar, KMS yang terbaik untukku.
Berjumpa warga MD64 yang meriah dengan ketawa dan bahagia,
Roommates tempat ku mengadu dan menceriakanku,
Sahabat bulatan gembira yang sentiasa ada untukku,
Study Groupku (SG) yang memang terbaik dalam segalanya.
Guru-guru yang sangat penyayang dan berkaliber.

Pengalaman membuat IB di KMS memang tak kan dilupakan,
Lab Reports setiap minggu, World Literature, IAs', EE Business, TOK essay dan TOK presentation.
Ya Allah, segalanya masih kekal dalam ingatan. Dan segalanya sangat manis di akhirnya.

Alhamdulillah untuk result IB yang menggembirakanku, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.
Allah memberi lebih dari yang ku pinta.

7 orang dalam kelasku mendapat 40 dan ke atas.
2 orang daripanya merupakan topscorer dalam batch.
Roommate merangkap classmateku shikin mendapat point yang tertinggi dalam batch.
Thank U dear shikin...U banyak tolong I. :)
Study Group ku semuanya cemerlang, Thanks Fazlina (41 poin), Shupu (38 poin) and Boah (39 poin).

Walaupun result kita baik, ini hanya UJIAN buat kita. Banyak lagi perkara yang perlu ditempuh.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam mencapai Medical Degree Holder. :)

Jumpa kalian di India. :) I highlight, INDIA. ^,^
InsyaAllah itu yang terbaik buat kita ketentuanNya.

MD64

SG

IB Batch 6 KMS 




Aku Bahagia ^,^

Alhamdulilllah.
Itu sahaja ungkapan yang dapat ku ucapkan sebagai seorang hambaNya yang telah bernafas di bumi ini selama 20 tahun.
Hari ini sudah masuk hari ke 5 Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Aku Bahagia punya Mu, Tuhanku.
Aku Bahagia punya mu, Rasulku.
Aku Bahagia punya kamu, sahabtku. ( Kamu tahu siapa kamu)
Aku Bahagia punya kamu, pengalamanku. ( IB )
Aku Bahagia punya Allah menunaikan impianku. ( lepas IB )

Semoga Allah permudahkan segalanya.
Semoga diriku dapat ke udara.
Semoga ukhwahku kekal selamanya.
Semoga kita berjaya menjadi doktor hambaNya.
Semoga kita berjaya melepasi ujianNya.
Semoga aku berjaya ke syurgaNya bersama kamu dan lainnya.

Ya Allah. Aku bersyukur padaMu.
Alhamdulillah Aku Bahagia atas segala aturanMu.



"Smile while u still can"