Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Lamanya tak update blog ni. Kali ni tak nak tulis panjang-panjang pun.
Sekadar nak refresh diri balik apa yang dah aku buat sepanjang 2011 ni.

Okey,

January: Em. Tak ingat sangat & rasanya tak ada benda best.

February: Em. Pun sama. Bertarung IB setiap hari.

March: Em. Rasanya sama jugak.

April: Pun sama. Ouh tak tak. Time ni pergi INTEC! Lawan futsal! Ya Allah seronok sangat kumpulan futsal kami menang no 3 walaupun berlatih hanya 2 minggu je. BEST BEST! Pengalaman di INTEC memang BEST gila, takkan lupa! :D ada Dolly, Yani, Hanan, Aimi, Zura, Qilah, Teha yang lawak! :) ngee~

May: Ouh.. Exam second sem. Aku ingat lagi. Time ni 3 hari lagi nak start exam tu...then tiba-tiba dapat sakit perut yang dasyat! Berlarutan sampai esoknya nak exam, malam tu mama terpaksa datang ambil bawa pergi Hospital Tawakal. Dapatla satu injection! tapi still tak baik baik juga. Then, jumpa atuk, dia kata itu bukan sakit pada jasad tapi pada roh. Ok, maksudnya kena gangguan. Then, dia bagi minyak & dia suruh lawan bila sakit. So, aku balik KMS balik dan jawab exam dalam saki-sakit tu.
*Ini memamng pengalaman yang takkan aku lupakan la. First time diuji seperti tu. Betul la kata orang, jangan stress stress. Time tu kita lemah dan mudah diganggu. So, Taubat la aku tak nak stress2 da.
*Kesannya, result SEM 2 den sangat jatuh dari SEM 1. :-(

June: Em, Cuti SEM! Tapi time ni sibuk and stress jugak! kena buat EE. Tapi time ni diserang selsema yang agak kritikal selama 2 minggu. Bukan setakat selsema, tapi sakit kepala, sakit telinga... Ya Allah, time ni sangat diuji. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, sakit2 pun siap juga EE tu.

July: Em, tak ingat la. Ada apa yang best ke eyh? Oooo.. Junior masuk! Masa first day tu, kami jual cendol!! Woo,,seronok! :D sebab less than 45 minutes, semua cendol sold out! Ha ha, memang terbaik! Ouh ada lagi benda best! Projek Bayai pun berakhir time ni. Seronok duduk bayai 3 hari dengan keluarga angkat, rindula dekat ayah dan mak. Orang2 Kampung Bayai sangat happening! Alhamdulillah projek CAS kami ni berakhir dengan jayanya.

August: Buat apa ya selain siapkan 2nd draft EE. Lab reports. Apa lagi?? Tak ingat lah.

September: Ouh. 9hb bday saya. :) Seronok seronok sambut dengan SG! Sayang gila dekat SG ku... Faz, Boah dan Shu. Sayang kamu semua.
Ouh, september juga ada International Day. Memang gempak! Best best!

October: Alamak tak ingatla. Tapi, selalu join usrah luar, pergi ISK , Syahadatul Haq, Form jemaah kami sendiri iaitu Quratul A'yun. Sayang dekat QA sangat sangat. Sebab kawan dengan kamu semua kerana Allah, rasa ingin ke syurga bersam sama. Ameen. Jom bawa Islam balik!

November: Ok exam final. Nasib baik kali ini tak sakit da. Tapi dapat ujian perasaan yang sangat kuat pulak. Ya Allah, Terima Kasih kerana memberi kekuatan padaku untuk menangani ujian itu Ya Allah. Sakit sangat jiwa time ni. Namun Alhamdulillah, exam masih dapat dijawab dengan baik berbanding SEM 2. Betullah, pengalaman mematangkan kita & Allah penguat kita.

December: Cuti.. :) sekarang la. hehe. Kali ni lagi best! sebab dapat pegi belajar pondok 6 hari di Baitul Qurra Melaka. Belajar Feqah dengan Ustaz Syauqi. Belajar Tasawuf dan Tauhid dengan Ustaz Zul. Ya Allah, pengalaman dan ilmu yang berharga sangat dapat belajar dengan alim ulama sperti mereka. :)
Then, dapat berjalan-jalan di Melaka dengan SG ku. Tidur rumah Fazlina dan mengenali rakan-rakan SG ku dengan lebih rapat. :) Sayang Faz, Boah dan Shu. SEMOGA UKHWAH KITA HINGGA KE SYURGA.
Ok, bulan ni jugak bertarung siapkan EE, TOK and IA. Mujahadah juga melawan nafsu untuk menjadi lebih baik dan memanfaatkan cuti dengan perkara yang mendekatkan diri denganNya. Alhamdulillah, sempat membaca Sirah Nabi dan sahabat. Buku Mukmin Profesional karya Ustaz Pahrol. BUku pemberian kakak usrah, Akhirat dekat di hati. :)

Rasanya tu je. Kalau ingat nanti nak update lagi. Malam ni nak sambut new year dengan mama. :)

SELAMAT TINGGAL 2011!!!!!!!!!!!!!!! Aku akan menganjak lebih tua dan matang ke 20 tahun.........................

Ya Allah, jadikanlah pertambahan umur ini seiring dengan pertambahan amalan solehku. Ameen.
"Smile while u still can"