Friday, December 24, 2010

Berkecamuk

Rasa sangat sedih now. I need someone to share my sadness. Tak sabar nak balik KMS pinjam bahu siapa-siapa nak nangis puas-puas. Argh. Jangan mudah stress bella!

Aida kata: Ilham datang dari Allah. Berdoa banyak-banyak. *thanks Aida*

Jeyka kata: "Bia aku jadik bahu kau utk nangis". *thanks, so sweet Jeyka*

Kenapa rasa sedih sangat ni. Dah2. Be strong Bel!

Ujian Allah itu Rahmat. Cheer up!


Saturday, December 18, 2010

"Aku ingin BERHIJRAH"

Sejak kecil aku bukanlah ulat buku. Aku tidak suka membaca. Aku fikir, aku memang dilahirkan begitu. Jahil sungguh pemikiran ketika kecil. Waktu kecil je ke? Ehem2. Muhasabah diri bella!

Namun, setelah masuk ke program IB ni. Pelbagai perkara baru aku lalui. Takku sangka program ni sangat TOUGH! Cuti semester ni aku ditugaskan untuk mencari Research Question (RQ) yang sesuai berdasarkan tajuk yang ku pilih untuk Extended Essay.

- Extended Essay ialah salah satu requirement dari IB. Tiada EE ni, maka Tiada lah Diploma IB. Menakutkan sungguh. EE ni perlulah 4000 patah perkataan. -

Aku merancang untuk membuat EE Malay atau EE Business. EE Malay memerlukanku mencari RQ yang sesuai daripada novel atau cerpen. Untuk memilih novel yang sesuai berdasarkan tema bukanlah senang, alhamdulillah aku sudah melepasi tahap tu. ngeh3. Setelah penat mencari di Perpustakaan Daerah Gombak & Perpustakaan Negara, aku telah menjumpai novel-novel yang ku rasakan sesuai. *thanks to izzati yang menemankanku ke perpustakaan*

1) Novel Sakura Mengorak Kelopak karya Arena Wati.
2) Novel Sangheeta karya Azizi Haji Abdullah.
3) Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas.
4) Novel The Missing Pieces karya Fatimah Busu.
5) Novel Dunia Belum Berakhir karya S. Rafidah H. Basri.
6) Cerpen Pelamin Embun karya Aminah Mokhtar.

Hahahah. Banyak sungguh novel yang perlu di baca! Bayangkan diriku yang tidak suka membaca namun terpaksa membaca novel yang tebal sebanyak ini!
Aku memaksa diri. Aku yakin akan berhasil menghabiskan semua novel waktu cuti sem ni. InsyaAllah. Special Thanks to IB kerana berjaya membawaku sampai ke tahap ni. Tak pernah kusangka akan kubaca karya Sasterawan Negara sebegini. hohoho. Pengalaman baru bagiku.

Aku mendapati IB ni walaupun sangat TOUGH dan berjaya membawaku berfikir sehingga pecah saluran darah namun IB sangat menarik. *IKHLAS* (^.^)
IB boleh membawa kita melakukan perkara yang kita tak pernah bayangkan. Menarik bukan.

Kali ni merupakan cutiku yang pertama diisi dengan perkara berfaedah iaitu membaca. Aku sudah jatuh hati dengan amalan membaca ni. Aku ingin menimba sebanyak ilmu selagi termampu sementara aku masih hidup di muka bumi ni. Aku ingin membaca buku sebanyak yang boleh. Aku ingin BERHIJRAH dari kejahilan. Aku tidak mahu berada di takuk yang lama. Mulai saat ini detik ini, aku BERAZAM untuk BERHIJRAH menjadi ulat buku yang bermanfaat untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga aku berjaya menggenggam ijazah perubatan di tangan suatu hari nanti dan berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan agamaku. InsyaAllah.

ALLAHUAKBAR!
"Smile while u still can"