Friday, November 19, 2010

"BERHIJRAHLAH KITA SEBELUM KITA DIHIJRAHKAN"


Wow. Sudah agak lama tidak menjenguk blogku ini.
Sudah 5 bulan lamanya. Kesiannya kau blog.
Alhamdulillah, setelah lama daku terlupa password akhirnya berjaya juga mereset password dan menjenguk blog ini. Pelbagai perkara telah berlaku. Lima bulan lamanya kan. Daku telah masuk program persediaan di Mara College Seremban. Tempat baru, pengalaman baru, rakan baru, persekitaran baru. Aku sukakan persekitarannya. Sangat indah dan mementingkan nilai-nilai Islam. Aku bersyukur kerana ditempatkan di sini. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat diriku. Baru 5 bulan, namun pelbagai pengalaman telah aku rasai. Makin lama, makin terasa kehangatannya program IB ni. Ya Allah, kuatkanlah daku menghadapi ujian yang telah kau berikan. KMS mengajarku banyak perkara yang tak pernah aku pelajari sebelum ni. Alhamdulillah, hatiku dapat menerima keadaan di sini. Semoga aku berjaya menambah pengetahuan dan memperbaiki diri dalam mencari redhaMu Ya Allah.

-Jangan malu untuk berubah ke arah kebaikan-

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)

"Smile while u still can"