Thursday, June 13, 2013

Hidup ini tak selalunya indah

Saya sedih. Hati rasa tak gembira.
Saya serba salah.
Hati berbolak balik.
Saya rasa nak naik flight sekarang jugak nak balik Malaysia.
Tapi...........
Exam akhir lagi 17 hari je.
Saya kena kuat untuk tempuh duka di sini.
SABAR. ya, saya perlu SABAR. Kerana ALLAH.
YA ALLAH, saya mohon keredhaanMu.
Hidup di dunia bukan untuk bersenang-lenang kerana di syurga sana itu tempatnya.
Be Strong Bella!




Friday, July 27, 2012

Terkejut O,0

Dua hari lepas bersiar-siar ke blog kenalan lama dan senior yang dah setahun tak menapak.
Nak jadikan cerita, terhenti dekat satu blog senior ni.
Banyak post sejak beberapa bulan macam bergelumang dengan hal malaysia je.
Pelik lah jugak sebab sepatutnya senior ni sekarang belajar di Charles University Prague Rep. Czech.
Stalk punya stalk, jumpa lah post yang sangat mengejutkan...
Rupanya senior tersebut dah gagal untuk teruskan pengajian perubatan di Charles Uni tu.
TERKEJUT sangat!! dan sedih pun ada jugak. Kesian dekat seniorku itu. Memang Oral Exam sangat sangat susah. :-(
Untuk menghadapi suatu kegagalan sangar sukar. Hanya kepada Allah tempat bergantung.

Dulu aku memang berangan nak sambung ke Czech bila tak dapat Ireland namun setelah memikirkan pelbagai faktor, aku pun menguburkan hasrat itu.
Walaupun kalau ikutkan, atuk dan papaku beriya menyuruhku ke sana.
Memanglah Czech tu cantikkkk, memang cantik sangat, dan Charles Uni tu pun Top Uni. Taaapiiiii,,,,
Sebab aku tak sanggup nak amik MD 6 tahun dan kena belajar Bahasa Czech dan exam secara oral yang memang2 susah so aku lebih rela ke India.  :)

Lagipun aku tahu aku ni jenis perlu ada kawan-kawan, baru semangat nak belajar.
And, memang 1 batch kami banyak pilih India. Tahun ni, tiada sorang pun pilih Czech dan 4 orang je yang pilih Poland. Yang lain semua play safe amik India je. :)

Taaapiiii,, aku sentiasa doakan semoga senior2ku yang sedang belajar di Czech dan rakan-rakan KMBku tahun ni yang bakal ke Czech dipermudahkan urusan. Semoga kita semua dapat lepas segala ujian dan exam Medic ni. Dannnnn, pulang ke Malaysia dengan segulung ijazah kedoktoran. Ameen.

InsyaAllah semoga Allah kurniakan kekuatan untuk berperang dalam course dan bidang ni. ^^,
Doktor Mukmin dan Mukminah yang berguna untuk Islam InsyaAllah. ^^,



Wednesday, July 25, 2012

Banyak benda tidak diduga ''.''

Banyak perkara dalam dunia ni yang sering buat diriku berfikir.
Setiap yang berlaku adalah dengan izinNya. When He say Yes, Nothing, No one can say No.
Kalau tengok perancangan Allah ni sebenarnya sangat hebat.
Setiap saat kalau fikir memang akan sampai kepada perkataan "Alhamdulillah".

Kalau dulu selalu dapat apa yang aku nak, sekarang mungkin tak.
Tapi keyakinanku padaNya akan memujuk diri, Allah tidak beri apa yang kita nak tetapi apa yang kita perlu. apa yang kita mampu. apa yang terbaik. :)

And! Memang Betul!

Kalau dulu study gila2 nak dapatkan result cemerlang SPM.
Allah bagi, minta Mara, cita-cita tinggi nak buat IB di KMB dan ke RCSI Ireland.
Tapi Allah kata, itu bukan yang terbaik untukku.

Dan memang benar, KMS yang terbaik untukku.
Berjumpa warga MD64 yang meriah dengan ketawa dan bahagia,
Roommates tempat ku mengadu dan menceriakanku,
Sahabat bulatan gembira yang sentiasa ada untukku,
Study Groupku (SG) yang memang terbaik dalam segalanya.
Guru-guru yang sangat penyayang dan berkaliber.

Pengalaman membuat IB di KMS memang tak kan dilupakan,
Lab Reports setiap minggu, World Literature, IAs', EE Business, TOK essay dan TOK presentation.
Ya Allah, segalanya masih kekal dalam ingatan. Dan segalanya sangat manis di akhirnya.

Alhamdulillah untuk result IB yang menggembirakanku, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan.
Allah memberi lebih dari yang ku pinta.

7 orang dalam kelasku mendapat 40 dan ke atas.
2 orang daripanya merupakan topscorer dalam batch.
Roommate merangkap classmateku shikin mendapat point yang tertinggi dalam batch.
Thank U dear shikin...U banyak tolong I. :)
Study Group ku semuanya cemerlang, Thanks Fazlina (41 poin), Shupu (38 poin) and Boah (39 poin).

Walaupun result kita baik, ini hanya UJIAN buat kita. Banyak lagi perkara yang perlu ditempuh.

Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam mencapai Medical Degree Holder. :)

Jumpa kalian di India. :) I highlight, INDIA. ^,^
InsyaAllah itu yang terbaik buat kita ketentuanNya.

MD64

SG

IB Batch 6 KMS 




Aku Bahagia ^,^

Alhamdulilllah.
Itu sahaja ungkapan yang dapat ku ucapkan sebagai seorang hambaNya yang telah bernafas di bumi ini selama 20 tahun.
Hari ini sudah masuk hari ke 5 Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Aku Bahagia punya Mu, Tuhanku.
Aku Bahagia punya mu, Rasulku.
Aku Bahagia punya kamu, sahabtku. ( Kamu tahu siapa kamu)
Aku Bahagia punya kamu, pengalamanku. ( IB )
Aku Bahagia punya Allah menunaikan impianku. ( lepas IB )

Semoga Allah permudahkan segalanya.
Semoga diriku dapat ke udara.
Semoga ukhwahku kekal selamanya.
Semoga kita berjaya menjadi doktor hambaNya.
Semoga kita berjaya melepasi ujianNya.
Semoga aku berjaya ke syurgaNya bersama kamu dan lainnya.

Ya Allah. Aku bersyukur padaMu.
Alhamdulillah Aku Bahagia atas segala aturanMu.



Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011

Lamanya tak update blog ni. Kali ni tak nak tulis panjang-panjang pun.
Sekadar nak refresh diri balik apa yang dah aku buat sepanjang 2011 ni.

Okey,

January: Em. Tak ingat sangat & rasanya tak ada benda best.

February: Em. Pun sama. Bertarung IB setiap hari.

March: Em. Rasanya sama jugak.

April: Pun sama. Ouh tak tak. Time ni pergi INTEC! Lawan futsal! Ya Allah seronok sangat kumpulan futsal kami menang no 3 walaupun berlatih hanya 2 minggu je. BEST BEST! Pengalaman di INTEC memang BEST gila, takkan lupa! :D ada Dolly, Yani, Hanan, Aimi, Zura, Qilah, Teha yang lawak! :) ngee~

May: Ouh.. Exam second sem. Aku ingat lagi. Time ni 3 hari lagi nak start exam tu...then tiba-tiba dapat sakit perut yang dasyat! Berlarutan sampai esoknya nak exam, malam tu mama terpaksa datang ambil bawa pergi Hospital Tawakal. Dapatla satu injection! tapi still tak baik baik juga. Then, jumpa atuk, dia kata itu bukan sakit pada jasad tapi pada roh. Ok, maksudnya kena gangguan. Then, dia bagi minyak & dia suruh lawan bila sakit. So, aku balik KMS balik dan jawab exam dalam saki-sakit tu.
*Ini memamng pengalaman yang takkan aku lupakan la. First time diuji seperti tu. Betul la kata orang, jangan stress stress. Time tu kita lemah dan mudah diganggu. So, Taubat la aku tak nak stress2 da.
*Kesannya, result SEM 2 den sangat jatuh dari SEM 1. :-(

June: Em, Cuti SEM! Tapi time ni sibuk and stress jugak! kena buat EE. Tapi time ni diserang selsema yang agak kritikal selama 2 minggu. Bukan setakat selsema, tapi sakit kepala, sakit telinga... Ya Allah, time ni sangat diuji. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah, sakit2 pun siap juga EE tu.

July: Em, tak ingat la. Ada apa yang best ke eyh? Oooo.. Junior masuk! Masa first day tu, kami jual cendol!! Woo,,seronok! :D sebab less than 45 minutes, semua cendol sold out! Ha ha, memang terbaik! Ouh ada lagi benda best! Projek Bayai pun berakhir time ni. Seronok duduk bayai 3 hari dengan keluarga angkat, rindula dekat ayah dan mak. Orang2 Kampung Bayai sangat happening! Alhamdulillah projek CAS kami ni berakhir dengan jayanya.

August: Buat apa ya selain siapkan 2nd draft EE. Lab reports. Apa lagi?? Tak ingat lah.

September: Ouh. 9hb bday saya. :) Seronok seronok sambut dengan SG! Sayang gila dekat SG ku... Faz, Boah dan Shu. Sayang kamu semua.
Ouh, september juga ada International Day. Memang gempak! Best best!

October: Alamak tak ingatla. Tapi, selalu join usrah luar, pergi ISK , Syahadatul Haq, Form jemaah kami sendiri iaitu Quratul A'yun. Sayang dekat QA sangat sangat. Sebab kawan dengan kamu semua kerana Allah, rasa ingin ke syurga bersam sama. Ameen. Jom bawa Islam balik!

November: Ok exam final. Nasib baik kali ini tak sakit da. Tapi dapat ujian perasaan yang sangat kuat pulak. Ya Allah, Terima Kasih kerana memberi kekuatan padaku untuk menangani ujian itu Ya Allah. Sakit sangat jiwa time ni. Namun Alhamdulillah, exam masih dapat dijawab dengan baik berbanding SEM 2. Betullah, pengalaman mematangkan kita & Allah penguat kita.

December: Cuti.. :) sekarang la. hehe. Kali ni lagi best! sebab dapat pegi belajar pondok 6 hari di Baitul Qurra Melaka. Belajar Feqah dengan Ustaz Syauqi. Belajar Tasawuf dan Tauhid dengan Ustaz Zul. Ya Allah, pengalaman dan ilmu yang berharga sangat dapat belajar dengan alim ulama sperti mereka. :)
Then, dapat berjalan-jalan di Melaka dengan SG ku. Tidur rumah Fazlina dan mengenali rakan-rakan SG ku dengan lebih rapat. :) Sayang Faz, Boah dan Shu. SEMOGA UKHWAH KITA HINGGA KE SYURGA.
Ok, bulan ni jugak bertarung siapkan EE, TOK and IA. Mujahadah juga melawan nafsu untuk menjadi lebih baik dan memanfaatkan cuti dengan perkara yang mendekatkan diri denganNya. Alhamdulillah, sempat membaca Sirah Nabi dan sahabat. Buku Mukmin Profesional karya Ustaz Pahrol. BUku pemberian kakak usrah, Akhirat dekat di hati. :)

Rasanya tu je. Kalau ingat nanti nak update lagi. Malam ni nak sambut new year dengan mama. :)

SELAMAT TINGGAL 2011!!!!!!!!!!!!!!! Aku akan menganjak lebih tua dan matang ke 20 tahun.........................

Ya Allah, jadikanlah pertambahan umur ini seiring dengan pertambahan amalan solehku. Ameen.

Sunday, June 12, 2011

Smile. :)

 

Smile can prevent wrinkles on your face? To what extent does this statement is true? :)

Aduh. Apa la merepek pulak hari ni.

Haii, hati bergoncang memikirkan EE yang tak start start lagi ni.

Kemalasan versus Kerajinan.

Who will win? Lets pray for the best.

24042011834

Saturday, June 11, 2011

How to get rid of these??!

Demam korea sudah kembali setelah hampir 5 tahun sembuh. aduh. parah. :)
Cuti sebulan yang ditunggu-tunggu setelah seminggu berjuang di medan bertulis. Exam dah lepas! Hooray! Seronok bila habis exam. Tapi sedih bila dapat result. . Sudah-sudah.

Hmmm, dah lama tidak menulis blog. Hampir sedekad,,,ouh tidak. hehe.

Kali ni entry tentang diriku di kala ini, aduh, demam korea sudah kembali. Suma ini gara-gara My Princess, Love Story in Harvard dan Iris. Waduh waduh, gawat. Kecomelan heroin (Kim Tae Hee) :) dan kemachoan sang hero telah berjaya menarik diri ini jatuh ke lembah korea yg melaghakan. Tidak patut tidak patut.

Setelah berhari-hari virus ini melabuhkan tirainya di minda sang mangsa, tiba-tiba teet teet, one message received. Wah, mesej dari siapakah ini? haha.

013_______, ouh mesej dari kakak usrah. Alhamdulillah, di kala cuti ini, masih ada hamba yang mengingati diri ini dan menerbangkan tarbiyah. :) Tersedar seketika tentang kealpaan diri melakukan perkara yang tidak berfaedah. Terima kasih kakak usrah atas ingatan. Diri ini kembali sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, Extended Essay, World Literature, IA Business, dan lain-lain. InsyaAllah, cuti ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. :)

Ouh, tidak lupa juga dengan berita baik tentang kejayaan 2 orang rakan yang berjaya mendapat tempat ke Ireland. Tahniah Asyraf Maarof dan Syaima Hamdan. Nampaknya kalian berdualah yang mampu meneruskan impianku yang tidak kesampaian untuk ke Ireland.

Kini, aku tidak sedih lagi kerna Yang Maha Satu itu tahu apa yang terbaik buat hambaNya ini. 2 Sem lagi perjuangan untuk menghabiskan International Baccalaureate ini. Aduh, Sakit, Gembira, Sedih, Penat, berbagai-bagai perasaan berada di jiwa. Namun, akanku genggam segala kudrat yang ada dan berjuang sebaik-baiknya. InsyaAllah, habis jua. :)

Wait for me, MBBS, i will catch you later. :)


"Smile while u still can"